Tuesday, June 2, 2009

KULIAH 3 - PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Isi kuliah
1. Konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik
2. Pembentukan pluralisme dalam alam Melayu
3. Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik
4. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif pendidikan dan pembangunan ekonomi dalam konteks HET di Malaysia & luar negara

PENGERTIAN KONSEP

Pluralisme- kepelbagaian/ kemajmukan
Masyarakat pluralisme – merujuk kepada masyarakat majmuk/ kepelbagaian bangsa/kaum yang mendiami sesuatu wilayah/ negara mengamalkan kepelbagaian budaya dan tradisi

PENGENALAN: KEADAAN MASYARAKAT DI TANAH MELAYU

Latar belakang (sejarah awal malaysia –tiada bukti yang konkrit hanya berdasarkan bahan tinggalan prasejarah)
1. Masyarakat zaman batu awal(paleolitk)-penduduk terawal tm, pada tahun 35 000 sm
2. Masyarakat zaman mesolitik menduduki tm pada tahun 11 000 sm (dikenali sebagai hoabinh)
3. Masyarakat neolitik menduduki tm pada tahun 5 000 sm
Sejarah awal malaysia bermula dari zaman kerajaan melayu melaka-1400 sebagai pusat perdagangan yang berjaya,

PLURALISME DALAM ALAM MELAYU SEBELUM KEDATANGAN EROPAH

Sebagai wilayah pertemuan pelbagai tamadun / budaya utama dunia
Tiupan angin/ arus laut menghimpunkan manusia/ didorong oleh 3 matlamat – agama, kekayaan, kemegahan. Sebelum 1848 (sebelum penemuan bijih timah di larut perak) hampir seluruh penduduk tm adalah orang melayu
Perkembangan politik Tanah Melayu
Kerajaan awal terbentuk pada kurun ke-7 di Kedah yang dikenali sebagai Langkasuka
Kurun ke-9 kerajaan sri vijaya
Kurun ke-13 kerajaan temasek
Kurun ke-14 kerajaan melaka
1511 kerajaan melaka jatuh ke tangan Portugis
446 tahun tm dijajah oleh barat dan jepun

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU –KESULTANAN MELAYU MELAKA

Proses penghijrahan berlaku secara semula jadi/ tiada paksaan
Pertemuan para pedagang seluruh dunia “The Venice of the East (pelabuhan sibuk)
Pemerintah/ sultan berpandangan jauh/ diplomasi/ terbuka- pegawai istana pelbagai bangsa-Melayu/India
Berlaku perkahwinan campur /akomodasi Cina dan India dengan penduduk tempatan- masyarakat Baba.
Struktur masyarakat pada zaman Melaka (zaman tradisi) dipengaruhi agama Hindu
Masyarakatnya maju (kegiatan perdagangan) terutamanya selepas Islam dijadikan asas kehidupan
Masyarakat Melayunya `berbangsa-bangsa’ (bukan berkasta) berdasarkan darah keturunan: keturunannya berbangsa juga
Mobiliti sosial ( vertikal / horizontal) boleh tapi jarang berlaku (beroleh kekayaan, menjadi pahlawan, perkahwinan)
Penggunaan bahasa, gelaran, adat
Saling membantu dalam semua aspek kehidupan

SISTEM SOSIAL ZAMAN PENJAJAHAN

Kemasukan orang asing ke negeri Melayu bermula sejak zaman tradisi lagi
Kedatangan bertambah rancak pada zaman penjajahan Portugis, Belanda tetapi bertambah-tambah pada zaman British – apabila Pulau Pinang dan Singapura diduduki British . Era 1870-1939 kemasukan beramai-ramai kerana faktor `menolak’ dan `menarik’
Sebelum penjajahan – 90% penduduk Semenanjung termasuk Singapura didiami oleh Orang Melayu dan Orang Asli
Perniagaan dalam negara dan antarabangsa dikawal oleh kerajaan Melayu dan peniaga-peniaga Melayu
Lombong bijih timah dimiliki dan diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu

FAKTOR MENOLAK
Bencana alam seperti kemarau di India dan banjir di China
Penduduk ramai, kekurangan tanah untuk pertanian dan kebuluran
Kesempitan hidup / kemiskinan
Keadaan huru-hara di China







FAKTOR MENARIK

INDIA
Galakan daripada penjajah Inggeris untuk menjadi buruh di ladang kopi, tebu getah
Sistem Kangany diperkenalkan untuk membawa buruh ke Tanah Melayu secara sistematik (1911-1931)

CINA
Pengaruh keluarga yang telah berpindah
Galakan daripada penjajah Inggeris untuk mengusahakan lombong bijih timah, tanag yang luasa untuk diteroka dan Undang-undang Imigresen untuk melindungi buruh Cina
Wujudnya kawasan bandar – beri peluang untuk berniaga

KESAN
Wujud masyarakat majmuk
- Awal abad ke-19: 90% Bumiputera
- 1991 – 45% Bumiputera
Pemisahan kaum melalui petempatan
- Cina : bandar (berniaga) dan kawasan lombong
- India: kawasan ladang getah
- Melayu – luar bandar
Pemisahan kaum melalui kegiatan ekonomi
- Wujud dual ekonomi: pertanian padi dan ikan terbiar sementara lombong dan ekonomi eksport digalakkan
- Bumiputera tidak dilibatkan dalam ekonomi moden
Pemisahan melalui pendidikan
- Melayu: sekolah agama, sekolah Melayu (bacaan dan kemahiran asas dan Rumi )
- Cina dan India: Kurikulum, buku dan guru dari negara asal dan melanjutkan pelajaran ke negara asal
- Inggeris: Berasaskan gereja dan agama Kristian (Katolik dan Protestant)
- Cara hidup ala Inggeris
Pemisahan Pembangunan
- Tertumpu di kawasan bandar
- Luar bandar diabaikan

KEADAAN MASYARAKAT DI SABAH/SARAWAK
Pekembangan di Sabah
Orang Murut dan Kadazan penduduk awal datang dari tanah besar asia pada tahun
2 000 sm
tabuaran penduduk sabah-ikut muka bumi
-penduduk pesisir (Brunei, Bajau dan Suluk)
-penduduk lembah pantai (Kadazan)
-penduduk pedalaman (Murut)

PENDUDUK SARAWAK
(diperintah oleh pemerintahan Brunei dan Sulu)
Penduduk sarawak wujud 40 000 sm
Pelbagai kaum – melayu melanau, iban, bidayuh, kenyah, kelabit, kayan, penan.
Penduduk sarawak terbahagi kepada 2 bahagian:
penduduk yang tinggal di kawasan persisiran
a-orang melayu, asal sumatera, islam , nelayan, petani, pedagang
-orang melanau, islam dan kristian, aktivi menanam sagu
b-penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman
-iban, bidayuh, kelabit, kayan dan penan

MASYARAKAT MAJMUK SELEPAS MERDEKA & KESANNYA
Kesan sekularisme penjajah & pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif pendidikan
-Pendidikan bermula sekitar tahun 1800, dipelopori oleh sekolah vernakular Inggeris dan diikuti oleh tiga lagi aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu Vernakular Melayu, Cina dan India.
Wujudnya berbagai aliran ketika itu akibat daripada visi penajajah British sendiri yang cuba memisahkan perpaduan kaum hasil daripada sistem dasar pecah dan perintah mereka.
Faktor lain ialah kerana tiada satu kurikulum yang seragam selain setiap kaum mahu mengekalkan identiti bangsa dan bahasa mereka.

Sekolah Vernakular Melayu
Sejarah pendidikan anak Melayu bemula sekitar tahun 1821 apabila Penang Free School dibuka, diikuti di Teluk Belanga dan Kampung Gelam di Singapura.
Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah itu terpaksa ditutup akibat kurang sambutan dari orang Melayu dan masalah kekurangan guru-guru Melayu.
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Melayu ialah :
 Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
 Dibiayai oleh British
 Pengajian hanya di peringkat rendah.
 Dibina di kawasan luar bandar
 Persekitaran belajar yang daif
 Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.

Sekolah Vernakular Cina
Dasar terbuka dan tidak campur tangan British terhadap hal ehwal sosial pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina yang mana ianya mengekalkan kebudayaan, pelajaran serta identiti masyarakat Cina.
Kurikulum serta struktur pelajaran diambil terus dari Negara China beserta dengan guru-guru yang juga didatangkan khas dari China.

Isi kurikulumnya menegaskan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta melukis.
Pada awal tahun 1920-an, pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan British tentang bahaya penubuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu, British telah menubuhkan satu undang-undang pada tahun 1920-an iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan bertujuan bagi mengelakkan sekolah itu terasing serta dapat mengawal aktiviti sekolah tersebut
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Cina :
 Ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti politik.
 Sukatan pelajaran, tenaga pengajar dibawa terus dari Negara China.
 Bertujuan untuk mengekalkan identiti kecinaan di Tanah Melayu.
 Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan peradaban Cina di seluruh Tanah Melayu.

Sekolah Vernakular Tamil
Wujud pada tahun 1821 selepas Penang Free School dibubarkan.
Ianya didirikan di ladang-ladang getah dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri kerana pihak kerajaan tidak memberi sebarang bantuan daripada segu kewangan, pedagogi dan kurikulum.

Seperti sekokah vernakular lain, sekolah jenis Tamil ini juga mengambil kurikulum serta kemahiran yang bersumberkan dari negara India.
Kurikulumnya menegaskan pengetahuan asas dalam kemahiran seperti 3M, ilmu alam, kebersihan diri dan sebagainya.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad pada di peringkat rendah dan sebahagian besar pelajarnya kekal di ladang-ladang dan bekerja sebagai buru kasar.
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil :
 Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab sosial.
 Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan dari India.
 Guru uang mengajar juga dibawa masuk dari India.
 Pengajian hanya di peringkat rendah sahaja.
 Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu mereka di ldaang sahaja
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Tamil :
 Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai satu tanggungjawab sosial.
 Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan dari India.
 Guru uang mengajar juga dibawa masuk dari India.
 Pengajian hanya di peringkat rendah sahaja.
 Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu mereka di ldaang sahaja

Vernakular Inggeris
Mula diperkenalkan di Tanah Melayu sejajar dengan penubuhan Penang Free School.
Kebanyakkan sekolah-sekolah jenis ini ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh kristian dan dibina di kawasan bandar-bandar dengan bantuan daripada Inggeris.

Kurikulumnya diambil bersumberkan daripada School Of Great Britain bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran British.
Pendidikannya mempunyai 2 tahap iaitu rendah dan menengah.
Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907.
Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College di Singapura
Bagi memenuhi keperluan guru-guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan Pulau Pinang pada tahun 1907.
Kursus perguruan peringkat diploma pula ditawarkan di Raffles College di Singapura
Ciri-ciri Sekolah Vernakular Inggeris:
 Bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris.
 Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta.
 Didirikan di bandar-bandar serta murid berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pendidikan yang tidak seragam menyebabkan perpaduan semakin sukar dicapai selain jurang antara kaum yang semakin ketara.
Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan bertujuan memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan Tanah Melayu supaya murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang sama.
Laporan Pelajaran
Antara laporan pelajaran tersebut ialah :
 Laporan Barnes 1951
 Laporan Fenn-Wu 1951
 Ordinan Pelajaran 1952
 Laporan Razak 1956

Selepas merdeka
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka dari perspektif politik dan pembangunan ekonomi dalam konteks HET di Malaysia & luar negara
Politik- kerjasama antara etnik/semua bangsa bersatu menuntut kemerdekaan
-1974 Parti Perikatan (UMNO,MCA, MIC) permuafakatan politik
Perlembagaan- panduan asas kontrak sosial/ persetujuan antara kaum sebagai syarat Br untuk memberi kemerdekaan kepada T. Melayu
Perkara penting-soal kerakyatan – orang Melayu setuju terima kehadiran bukan Melayu dan sebaliknya orang bukan Melayu setuju peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu




PENDIDIKAN
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman
-kurikulum
-sukatan mata pelajaran
-berorientasikan tempatan
-bertujuan memupuk perpaduan

EKONOMI
Kerajaan mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik antaranya:
Rancangan ekonomi pramerdeka-Racangan Malaya Pertama 1956-1960
Rancangan ekonomi selepas merdeka (Rancangan Malaya Kedua – RM 9), DEB, Dasar-Dasar Pembangunan negara.

KULIAH 2- Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

Masyarakat

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.


Etnik

Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.


Etnisiti dan Etnosentrik

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.


Ras dan Rasisme

Ras dan Etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi





Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi

Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Orang Belanda itu bersifat kedekut.

Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.


Budaya:

Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik

Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan,
adat istiadat, undang-undang

Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup.


Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik


Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.


Akomodasi: Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.




Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.


Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.


Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.


Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.




Rujukan: Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA, 2007.

Monday, June 1, 2009

KULIAH 1 PENGENALAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


1. Hubungan Etnik di Malaysia

Pengenalan:

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Kursus Wajib di IPT mulai 1998). Beberapa siri Seminar TITAS diadakan.

-Seminar ke-4 Seminar TITAS & HUBUNGAN ETNIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2005 diadakan di Melaka, Anjuran Universiti Teknologi MARA dgn kerjasama KPT.

- Menghasilkan idea dan membina kurikulum Hubungan Etnik.

Kursus Pengajian Malaysia: UiTM menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengajian Umum pada Jun 2006 di Johor Bahru

Pada 28 Julai 2006, Pengerusi JKuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Rosihan M. ali Jumaat: “ Kursus…adalah berjaya…ia memenuhi keperluan masyarakat dan aspirasi membentuk masyarakat harmoni…JKuasa menyokong usaha KPT untuk menubuhkan buku rujukan”.

Ucapan YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan PM merangkap Pengerusi JKuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara.

“…pengajaran modul perhubungan etnik di IPTA merupakan satu langkah yang bijak dalam usaha mempertingkatkan perpaduan antara kaum…”.

Peristiwa 13 Mei: penting usaha berterusan untuk mengekalkan hubungan etnik harmonis

l Kepentingan:

- menyedarkan kepentingan

keharmonian etnik sebagai kepada

pembangunan negara

- mewujudkan masyarakat Malaysia

menurut acuan Malaysia

KANDUNGAN KURSUS

1. Hubungan Etnik di Malaysia

2. Konsep

3. Pembentukan Masyarakat Pluralistik

Alam Melayu

4. Pembangunan Ekonomi, Politik, Sosial

5. Perlembagaan

6. Cabaran & Implikasi

7. Peranan Masyarakat & Kerajaan

2. Konsep

2.1 Masyarakat:

2.1.1 Etnik, Etnisiti, Etnosentrisme

2.1.2 Ras, Rasisme, Prejudis dan Stereotaip,

diskriminasi

2.2 Budaya:

2.2.1 Ciri-Ciri budaya

2.2.2 Kebendaan

2.2.2 Bukan kebendaan

2.3 Perpaduan dan Integrasi:

2.3.1 perpaduan

2.3.2 integrasi

2.3.3 segregasi

2.3.4 akomodasi

2.3.5 akulturasi

2.3.6 asimilasi

2.3.7 amalgamasi

3. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

l Konsep Pluraliti

l Masyarakat Pluralistik

l Pembentukan Masyarakat pluralistik di Alam Melayu

l Zaman Pluraliti

4. Pembangunan Ekonomi, Politik, Sosial dalam konteks hubungan etnik

4.1 Konsep pembangunan dan

modernisasi

4.2 Acuan ekonomi Malaysia:

Pembangunan lima tahun

4.3 isu-isu:

Agihan kekayaan, kemiskinan dan krisis kewangan

Pembangunan Ekonomi, Politik, Sosial dalam konteks hubungan etnik

l 4.4 Politik Malaysia:

- Demografi penduduk

4.5 Kerjasama politik

- (1946 - 1955), 1955-1963,

1974

- pembinaan negara bangsa

l 4.6 Konsep Perlembagaan: undang-undang tertinggi , penjamin kestabilan negara,melindungi kepentingan semua kumpulan etnik

l 4.7 Sejarah penggubalan perlembagaan: penentangan terhadap penjajah, gerakan semangat kebangsaan,Pendudukan Jepun, BMA,Malayan Union, PTM, JKuasa Perhubngan Kaum,Kemerdekaan, penubuhan Malaysia

l 4.8 Unsur-Unsur dalam perlembagaan: Bahasa Kebangsaan, Agama, Kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak, pemerintahan beraja, kedudukan kaum lain

l 4.9 Agama: Islam Hadhari: Islam sebagai agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan.(Islam, Kristian, Buddha, Hindu). Pendekatan Islam Hadhari

5. Cabaran & Implikasi

l Cabaran politik, ekonomi, sosial:

- pemisahan fizikal, sistem pendidikan

berasingan,polarisasi di kalangan

pelajar,kontrak sosial, penguasaan

ekonomi,perbezaan pekerjaan ekonomi,

perbezaan segi bahasa, agama, budaya

l Cabaran globalisasi: arus pembaratan, globalisasi

l Implikasi: negara

7. Peranan Masyarakat dan Negara

l Diri : peneladan

l Masyarakat: penyertaan/penglibatan

- RTetangga, Rumah Terbuka,

NGO

l Negara: Dasar & Program

-RN, DPK, DEB,

DPN,DWN, Wawasan 2020


1. Masyarakat Cina telah dilayan dengan teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2) Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah - wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.

Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong - memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.

Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .

Menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.

Di sisi penjajah keadaan ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.

Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969

3) Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud

4) Isu-isu perkauman menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti satu-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Perarakan kemenangan pihak pembangkang memburukkan lagi keadaan. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

IMPLIKASI DAN PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969 TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

1) Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa.

2) Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum.

3) Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.

4) Setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

l Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara ( kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional-JPNIN )

Ø Memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum,

Ø Memantapkan integrasi nasional

(merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia)

l Pengenalan Rukun Negara

l Dasar Ekonomi Baru

l Dasar Pendidikan Kebangsaan

l Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Untuk menjamin dan memelihara hubungan etnik yang harmonis, sumbangan bersifat top-down mestilah dilengkapi oleh suatu usaha bottom-up.

Hubungan etnik,

Ø Antara kumpulan etnik

Ø Antara kumpulan kelas sosial yang berbeza.

Identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum.

Teras kejayaan Malaysia ialah

1) Pembangunan ekonomi

2) Kestabilan politik.







Hubungan etnik merupakan satu ciri yang penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai kehidupan harian semua rakyat Malaysia.

KEPENTINGAN DAN
KANDUNGAN MODUL HUBUNGAN ETNIK

Kandungan modul terbahagi kepada 3:
1.Konsep dan teori
2. Latar belakang politik dan ekonomi
3. Aspek yang berkaitan dengan hubungan etnik.

TAJUK MODUL/ SOALAN PERBINCANGAN