Monday, June 1, 2009

KULIAH 1 PENGENALAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


1. Hubungan Etnik di Malaysia

Pengenalan:

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Kursus Wajib di IPT mulai 1998). Beberapa siri Seminar TITAS diadakan.

-Seminar ke-4 Seminar TITAS & HUBUNGAN ETNIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2005 diadakan di Melaka, Anjuran Universiti Teknologi MARA dgn kerjasama KPT.

- Menghasilkan idea dan membina kurikulum Hubungan Etnik.

Kursus Pengajian Malaysia: UiTM menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengajian Umum pada Jun 2006 di Johor Bahru

Pada 28 Julai 2006, Pengerusi JKuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Rosihan M. ali Jumaat: “ Kursus…adalah berjaya…ia memenuhi keperluan masyarakat dan aspirasi membentuk masyarakat harmoni…JKuasa menyokong usaha KPT untuk menubuhkan buku rujukan”.

Ucapan YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan PM merangkap Pengerusi JKuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara.

“…pengajaran modul perhubungan etnik di IPTA merupakan satu langkah yang bijak dalam usaha mempertingkatkan perpaduan antara kaum…”.

Peristiwa 13 Mei: penting usaha berterusan untuk mengekalkan hubungan etnik harmonis

l Kepentingan:

- menyedarkan kepentingan

keharmonian etnik sebagai kepada

pembangunan negara

- mewujudkan masyarakat Malaysia

menurut acuan Malaysia

KANDUNGAN KURSUS

1. Hubungan Etnik di Malaysia

2. Konsep

3. Pembentukan Masyarakat Pluralistik

Alam Melayu

4. Pembangunan Ekonomi, Politik, Sosial

5. Perlembagaan

6. Cabaran & Implikasi

7. Peranan Masyarakat & Kerajaan

2. Konsep

2.1 Masyarakat:

2.1.1 Etnik, Etnisiti, Etnosentrisme

2.1.2 Ras, Rasisme, Prejudis dan Stereotaip,

diskriminasi

2.2 Budaya:

2.2.1 Ciri-Ciri budaya

2.2.2 Kebendaan

2.2.2 Bukan kebendaan

2.3 Perpaduan dan Integrasi:

2.3.1 perpaduan

2.3.2 integrasi

2.3.3 segregasi

2.3.4 akomodasi

2.3.5 akulturasi

2.3.6 asimilasi

2.3.7 amalgamasi

3. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

l Konsep Pluraliti

l Masyarakat Pluralistik

l Pembentukan Masyarakat pluralistik di Alam Melayu

l Zaman Pluraliti

4. Pembangunan Ekonomi, Politik, Sosial dalam konteks hubungan etnik

4.1 Konsep pembangunan dan

modernisasi

4.2 Acuan ekonomi Malaysia:

Pembangunan lima tahun

4.3 isu-isu:

Agihan kekayaan, kemiskinan dan krisis kewangan

Pembangunan Ekonomi, Politik, Sosial dalam konteks hubungan etnik

l 4.4 Politik Malaysia:

- Demografi penduduk

4.5 Kerjasama politik

- (1946 - 1955), 1955-1963,

1974

- pembinaan negara bangsa

l 4.6 Konsep Perlembagaan: undang-undang tertinggi , penjamin kestabilan negara,melindungi kepentingan semua kumpulan etnik

l 4.7 Sejarah penggubalan perlembagaan: penentangan terhadap penjajah, gerakan semangat kebangsaan,Pendudukan Jepun, BMA,Malayan Union, PTM, JKuasa Perhubngan Kaum,Kemerdekaan, penubuhan Malaysia

l 4.8 Unsur-Unsur dalam perlembagaan: Bahasa Kebangsaan, Agama, Kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak, pemerintahan beraja, kedudukan kaum lain

l 4.9 Agama: Islam Hadhari: Islam sebagai agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan.(Islam, Kristian, Buddha, Hindu). Pendekatan Islam Hadhari

5. Cabaran & Implikasi

l Cabaran politik, ekonomi, sosial:

- pemisahan fizikal, sistem pendidikan

berasingan,polarisasi di kalangan

pelajar,kontrak sosial, penguasaan

ekonomi,perbezaan pekerjaan ekonomi,

perbezaan segi bahasa, agama, budaya

l Cabaran globalisasi: arus pembaratan, globalisasi

l Implikasi: negara

7. Peranan Masyarakat dan Negara

l Diri : peneladan

l Masyarakat: penyertaan/penglibatan

- RTetangga, Rumah Terbuka,

NGO

l Negara: Dasar & Program

-RN, DPK, DEB,

DPN,DWN, Wawasan 2020


1. Masyarakat Cina telah dilayan dengan teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2) Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah - wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.

Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong - memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.

Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .

Menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas.

Di sisi penjajah keadaan ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia.

Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969

3) Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud

4) Isu-isu perkauman menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti satu-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Perarakan kemenangan pihak pembangkang memburukkan lagi keadaan. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

IMPLIKASI DAN PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969 TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

1) Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa.

2) Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum.

3) Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.

4) Setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

l Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara ( kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional-JPNIN )

Ø Memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum,

Ø Memantapkan integrasi nasional

(merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia)

l Pengenalan Rukun Negara

l Dasar Ekonomi Baru

l Dasar Pendidikan Kebangsaan

l Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Untuk menjamin dan memelihara hubungan etnik yang harmonis, sumbangan bersifat top-down mestilah dilengkapi oleh suatu usaha bottom-up.

Hubungan etnik,

Ø Antara kumpulan etnik

Ø Antara kumpulan kelas sosial yang berbeza.

Identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum.

Teras kejayaan Malaysia ialah

1) Pembangunan ekonomi

2) Kestabilan politik.







Hubungan etnik merupakan satu ciri yang penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai kehidupan harian semua rakyat Malaysia.

KEPENTINGAN DAN
KANDUNGAN MODUL HUBUNGAN ETNIK

Kandungan modul terbahagi kepada 3:
1.Konsep dan teori
2. Latar belakang politik dan ekonomi
3. Aspek yang berkaitan dengan hubungan etnik.

No comments: